Kronologi Kelahiran Mohammad Alif Najmi - 03 April 2013
Hari ni dah 37 hari aku berpantang..singkap kembali ke tarikh 2 April 2013 bersamaan hari Selasa. Seperti biasa pagi tu aku ke Klinik Desa Kg Panching utk checkup seminggu sekali..masa tu dah 39 minggu 4 hari..keadaan aku ok jer..takde demam,takde sakit kepala ke apa..kat klinik tu misi sahkan yg darah aku naik giler..2 kali dia cek..mmg darah naik..so misi terus refer aku ke Klinik Batu 4 Sg Lembing jumpa doktor..kat sana mmg doktor sahkan yg darah aku masih naik n tak turun2..then aku diminta utk masuk ke bilik rawatan utk proses cek bukaan jalan..sister yg buat..masih lagi close bukaan jalan utk bersalin.pas tu aku telah diminta oleh doktor utk ke hospital bagi mengelakkan risiko yg lebih tinggi lagi sekiranya aku masih belum bersalin sebab due date aku 5 April 2013..3 hari jer lagi.. So jam 11.30pagi tu aku dikejarkan ke hospital besar dengan ambulans sebab doktor tak bg pergi sendiri..huhu..sampai kat Lowrisk pukul 12 lebih mcm tulah..terus doktor cek jalan n jantung bby semu