~Lau Kana Bainana~
Entri kali ni pasal LAU KANA BAINANA yg mana bermaksud "seandainya Rasulullah ada bersama kita pada hari ini"...terlintas nak buat entri ni lepas tengok rancangan Lau Kana Bainana kat TV Al-Hijrah minggu lepas..rancangan tu org Arab yang buat tapi ditayangkan di Tv Al-Hijrah..ala TV-Alhijrah tukan terbitan Jakim yg mana saluran2nya mmg baik utk ditonton bersama keluarga..banyak menitik beratkan soal2 keagamaan di dalam rancangan2 terbitannya...
Berbalik kepada rancangan Lau Kana Bainana tu..rancangan tersebut memaparkan apakah yg umat Islam mahukan seandainya Baginda Rasulullah masih bersama kita di zaman ini..adalah seorang muslimat Arab yg ditanya apakah yg anda mahu katakan seandainya Rasulullah S.A.W bersama2 beliau ketika itu..muslimat itu menjawab.."Saya mahu Baginda bawa sy bersama tinggalkan dunia ini kerana terlalu banyak godaan dan pancaroba di dalam dunia ini sekarang"..itulah jawapanya..ada plak sorg lagi yg ditanya soalan yg sama dan dia hanya diam seribu bahasa..hanya senyuman yg ikhlas dan linangan airmata yg dapat dikeluarkan...mungkin dia tak mampu nak jawab persoalan tersebut..lidah kelu..mungkin...
Tapi itu Lau Kana Bainana...hakikatnya Baginda tidak lagi bersama kita di hayat ini..tapi Insya Allah bagi pengikut dan pengamal Al-Quran dan sunnah nabi pastinya akan bertemu jua di akhirat kelak..kadang-kala aku sedih memikirkan keadaan diri sendiri dan keluarga..dan soalan yang sentiasa bermain di fikiran..."adakah aku dan keluarga layak bertemu baginda disana?"..semua tu Waallahu'alam..setiap hari aku selalu membetulkan niat utk menjadi seorang hamba yang taat dengan perintahNya,seorang anak yang bertanggungjawab pada mama dan abah,seorang isteri yang solehah dan taat pada suami,seorang ibu yang penuh kasih sayang serta seorang kawan yg boleh dijadikan kawan...mudah2an aku berjaya..Insya Allah...
Ulasan
Catat Ulasan