Aktiviti setiap hari Selasa

Selamat tengah hari semua..hari ni aku nak cerita sikit mengenai aktiviti aku setiap hari Selasa..sebenarnye bukan hari Selasa jer..hari Jumaat dan Ahad pun ada..hari Khamis pun ada gak tapi aku jarang jointlah..jeng..jeng..jeng..mesti korang tertanye2kan apa bendalah yg aku buat setiap hari yg aku sebut tadi tu..

Sebenarnya aku berniagalah..menolong mama n abah aku berniaga kat pekan sehari..Mama n abah aku penjual makanana kat pekan sehari tu..kitorang jual makanan buatan sendiri tau..mama abah aku buat laksa kuah putih,laksa kuah masak,laksam,rojak ayam n rojak mee atau rojak biasa.Wan aku buat kuih2 tradisional terengganu mcm Akok,pulut panggang,tepung bungkus,koleh lemak.lompat tikam,kuih bakar n mcm2 lagi..setiap kali hari jualan mesti rezeki ada untuk kami..Alhamdulillah..seronok berniaga ni lain mcm sikit rasa dia..penat mmg penat tapi seronok bile jualan habis dijual..

Mama abah aku start berniaga masa aku sekolah menengah lagi..dan aku mmg tak pernah masuk sekolah berasrama mcm adik2 aku..so setiap kali hari berniaga,habis sekolah lepas Asar aku akan naik bas dan ke tempat niaga..biasanya hari Selasalah..dan bile aku dah masuk belajar kat Uitm Arau dulu,setiap kali cuti sem mmg aku akan turun tolong mereka..dulu naik bas jer..skrg dah bekerja n berkahwin aku masih lagi turun tolong mereka meniaga..tak sempat 2 org jer nk memenuhi kehendak customer yg ramai sampai keliling meja..

Yang pasti aku seronok berniaga..lagipun berniaga tu kan punca rezeki paling besar berbanding yg lain seandainya kita berniaga mengikut sunnah Nabi..Insya allah mudah2an setiap rezeki yg kami terima hasil jualan kami diberkati Allah..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kronologi Kelahiran Mohammad Adib Aiman

Story mory My Najihah

Di Minggu ke 36