Menjangkau umur 2 tahun..

As Salam semua..aku kembali lagi menulis di sini. Setelah agak lama ditinggalkan tanpa sebarang update,asyik membaca cerita2 di blog kawan2 yg laiin aje. Kali ini sempena menjangkaunya usia 2 tahun My Nurul Ain Najihah,mcm2 cerita yg nak aku sampaikan kat sini..yelah sekadar berkongsi cerita dan keterujaan aku melihat My Najihah membesar di depan mata dengan sungguh cepat..

Skrg My Najihah dah setahun 11 bulan..bulan depan 02/11/2012 genaplah dia berusia 2 tahun n tahun depan Insya Allah bulan April/2013 adik dia pula akan lahir ke dunia. Sejak Najihah wujud dalam rahim aku,Alhamdulillah aku telah diberikan kesihatan yg baik n semuanya mudah untk Najihah. Skrg Najihah dah boleh menyebut sepatah dua kata dengan lancar tanpa sebarang masalah.Alhamdulillah,Najihah mudah dapat apa yg diajar termasuk menyebut perkataa. Perkataan yg paling dia boleh sebut dengan lancar adalah MAMA,ABAH,ATUK,WAN,BULAN,BINTANG KECIL,BULAT,ULAT,AYAM,LEMBU,ADIK,KAKAK,KATAK..dua perkataan ni kene dengar betul2 sebab kdg2 dia tersalah sebut..so cepat2 aku betulkan..bnyk lagi perkataan yg dia boleh sebut..yg pasti setiap hari ada saje perkataan baru yg dia tahu dan boleh sebut dengan baik termasuk cam semua benda yg dia ckpkan itu..

Sebagai seorg ibu rasa gembira sgt dengan perkembangan Najihah..Insya Allah masuk umur 2 tahun aku akan mula melatih dia utk belajar mengenal huruf2 Allah..dah lama aku niat mcm tu..mudah2an Allah beri kekuatan n kemudahan kepada Najihah utk belajar n kenal huruf2 Allah..dan aku sendiri yg akan ajar dia mengaji..

Minat terbaru Najihah skrg adalah menonton cerita kartun Ogy and The Cockroches..minat sungguh dia..sampaikan bile alih ke channel lain mmg mengamuklah..tapi takpelahkan..sekurang2nya dia fokus tentang sesuatu perkara tu..time tgk tv dia takkan layan mende lain dah..time main,jgn sesiapa kacau..biar dia main sampai puas hati..kartun lain yg dia suka Boboiboy n siri Upin Ipin..

Tak sabar untuk melihat Najihah berusia 2 tahun..lagi beberapa hari jer lagi.. :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Story mory My Najihah

Update..update dan update lagi..

My Little Nurul Ain Najihah...